Thursday 7 August 2014

KHASIAT B'GLOWHITE.

Seharusnya, buah-buahan diambil terlebih dahulu sebelum kita menikmati hidangan utama. Ia akan menggalakkan penyerapan tenaga dan zat daripada buah tersebut untuk tubuh secara optimum. Di samping itu, ia membantu melancarkan proses penghadaman  dan perkumuhan manusia. Ini kerana, buah-buahan yang dimakan tidak akan berada dalam salur penghadaman begitu lama dan menyebabkan ia senang dikumuh.
Tabiat memakan buahan mengikut waktu yang terbaik akan memberikan impak yang maksimum kepada kesihatan kita. Seboleh-bolehnya, buah perlu diambil pada ketika perut kosong tanpa sebarang makanan. Namun begitu, ia boleh diambil sepanjang hari selagi mana perut dalam keadaan kosong dan tidak dipenuhi dengan hidangan yang berat. Selepas mengambil buah-buahan, sewajarnya kita tidak mengambil sebarang makanan lain lebih kurang 30 minit untuk memberikan laluan kepada penghadaman buah-buahan tersebut berjalan secara lancar dan optimum.
Terdapat kajian yang dijalankan oleh pengamal perubatan alternatif Amerika yang mendapati bahawa corak pemakanan seseorang yang memakan buah dengan cara yang betul merupakan rahsia untuk kelihatan cantik, sihat, bertenaga, panjang umur dan mempunyai berat badan yang ideal. Walaupun dapatan ini terlalu subjektif untuk menentukurkan kesihatan, kecantikan dan kecergasan seseorang tetapi ianya tidak mustahil. Ini kerana, dengan memakan buah secara teratur akan menentukan penyerapan zat yang terbaik untuk tubuh badan kita. Jika tidak, mungkin kita hanya memakan buah-buahan tetapi zat yang bermanfaat untuk badan tidak dapat diserap secara optimum. Dan ternyata ia hanyalah amalan yang sia-sia.           
Kita perlu faham bahawa buah-buahan dihadamkan di usus pencernaan dan bukannya di dalam perut. Oleh sebab itu, ia akan dicernakan secara cepat melalui sistem pencernaan  dalam tempoh lebih kurang setengah jam sahaja. Otak kita  memerlukan glukosa untuk berfungsi dan buah-buahanlah merupakan sumber yang sangat baik untuk glukosa darah. Pengambilan buah-buahan yang mencukupi akan menormalkan tahap gula dalam darah dan menjadikan sistem tubuh kita dapat berfungsi dengan baik. Di samping itu, ia boleh mengelakkan kita daripada terlebih makan dan fenomena obesiti yang kerap melanda masyarakat pada hari ini. Ini kerana, glukosa yang terdapat pada buah-buahan dapat mengawalatur mekanisma kelaparan tubuh badan kita supaya dapat berfungsi secara optimum.
Makan buah semasa perut masih lagi kosong dapat membantu memulihkan sistem pencernaan. Ini bermakna saluran pencernaan kita dapat menjalani proses penyahtoksikan secara semulajadi. Buah yang dimakan ketika perut kosong akan mempercepatkan proses penghadaman berbanding dengan kumpulan makanan lain. Namun, jika dimakan sejurus selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat-zat yang terkandung didalamnya akan rosak dan akhirnya menyumbang kepada ketidakselesaan kepada perut.

Atas sebab yang demikian, B'GLOWHITE mengandungi 15 jenis ekstrak buah-buahan yang perlu diambil setengah jam sebelum makan. Mungkin ada di antara korang yang malas untuk menyediakan buah-buahan sebenar. Jadi korang boleh mengambil B'GLOWHITE ini sebagai gantian. Selain daripada khasiat yang terkandung dalam B'GLOWHITE, ia juga mudah disediakan dan senang untuk dibawa kemana sahaja. 

Korang cuma perlu mengambil B'GLOWHITE 2 kali sehari, 30 minit sebelum makan. Cara penyediaannya, cuma perlu masukkan satu skop ke dalam bekas shaker dan tambahkan 120ml air kemudian goncang dan minum. Mudah bukan? Korang jangan risau, setiap pembelian B'GLOWHITE akan diberikan bekas shaker secara percuma dan di bekas tersebut sudah terdapat sukatan untuk air.

No comments:

Post a Comment