Thursday 7 August 2014

Penjagaan Rambut.

Perawatan rambut sama pentingnya dengan rawatan kulit. Keindahan rambut mencerminkan kesihatan seseorang. Apabila kusam, tidak bercahaya dan hujungnya bercabang ini menandakan rambut tidak sihat. Masalah rambut disebabkan pola pemakanan yang kurang baik, ketidakseimbangan hormon atau rawatan rambut kurang sesuai. Secara amnya, pertumbuhan rambut normal di antara 0.2 milimeter sehing­ga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan, tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran me­ngambil masa 100 hari. Waktu rambut kekal di kepala boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut gugur sebanyak 40 sehingga 100 helai sehari, tetapi ini dikira masih normal. Apabila keguguran melebihi 100 helai sehari, anda harus melakukan sesuatu pada rambut anda.

Terdapat tiga jenis rambut iaitu: 

1. Rambut berminyak 

Jenis rambut ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan berminyak. Basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut. Apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. Satu cara menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap. 

2. Rambut normal 

Rambut jenis ini memiliki kelenjar minyak yang me­ngeluarkan minyak dengan cukup. Rambut tidak cepat kotor dan mengembang. Rawatan untuk rambut jenis ini juga mudah. Cuci menggunakan syampu dan perapi rambut bagi mengekalkan kelembapannya. 

3. Rambut kering 

Rambut ini kelihatan me­ngembang, kering, suram dan mudah rosak. Ini disebabkan kandungan minyak pada kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif. Rambut jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila disikat. Ini biasa berlaku apabila rambut diikat kuat. Terlalu kerap menggunakan syampu dan pengering rambut juga menyebabkan rambut rapuh. 

Setiap wanita akan me­ngalami masalah rambut yang sama iaitu kelemumur dan masalah keguguran rambut. Namun, ramai yang tidak memahami punca sebenar masalah ini. Kelemumur berlaku pada kulit kepala yang sudah mati, kering dan bersisik. Berlaku pengelupasan kulit kepala normal sekitar lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan kulit kepala. Kelemumur tumbuh pada semua jenis rambut. Ini bukan penyakit tetapi proses fisiologi normal. Umumnya kelemumur terjadi pada remaja dan berkurangan pada usia pertengahan dan tiada ketika tua. 

Bagi mereka yang ­mengalami masalah keguguran rambut pastinya cemas melihat rambut gugur melebihi 100 helai sehari. Jangan bimbang kerana ini perkara normal. Mungkin disebabkan faktor perubahan hormon atau kesan daripada produk rawatan yang tidak sesuai. Biasanya wanita selepas bersalin akan mengalami keguguran rambut yang serius. Namun, kehilangan rambut disebabkan faktor ini tidak kekal dan akan berubah. Keguguran rambut bisanya disebabkan faktor keturunan dan genetik, ­perubahan hormon, ­serangan kulat atau ­bakteria, menggunakan syampu tidak sesuai dengan rambut, tekanan perasaan dan diet tidak seimbang tanpa pengambilan karbohidrat, vitamin dan protein, pengambilan vitamin A berlebihan, kesan perubatan kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna, mencelup, melurus atau kerinting rambut. 


Cara atasi rambut gugur 


Jika rambut anda sentiasa mengalami keguguran, ini bermakna rambut anda kering dan kurang vitamin E. Untuk mengatasi masalah ini, lumur minyak bijan pada kulit kepala sebelum tidur. Syampu dan bilas rambut dengan bersih pada keesokan paginya. 

Jaga rambut dengan betul seperti: 
  • Jangan terlalu kerap mewarnakan rambut. 
  • Pastikan pewarna rambut tidak terkena akar umbi rambut kerana ini boleh merosakkan struktur rambut. 
  • Dapatkan nasihat doktor sebelum mewarnakan rambut. 
  • Pilih pewarna yang tiada bahan berbahaya kepada struktur rambut. 
  • Setiap kali mencuci rambut pastikan syampu benar-benar bersih, kerana bilasan yang tidak bersih boleh menyebabkan rambut berkelemumur. 
  • Urut kulit kepala ketika bersyampu agar aliran darah lancar dan menyihatkan akar rambut. 
  • Menyikat rambut ketika basah menyebabkan kelembapan rambut hilang dan rambut menjadi kering. 
  • Selepas bersyampu guna perapi rambut. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, perapi rambut diperlukan untuk melembapkan rambut. 
  • Hindarkan rambut daripada terlalu terdedah kepada sinaran matahari kerana ini boleh merosakkan struktur rambut. 
  • Makan makanan berkhasiat, bersenam, ja­ngan merokok dan minum minuman beralkohol.


No comments:

Post a Comment